Sistem penghawa dingin kereta atau lebih dikenali dengan nama "aircon kereta" adalah gabungan sistem pemanas dan penyejuk. Ramai yang kurang arif akan sistem penghawa dingin walaupun kita hari-hari menggunakannya. Kita akan membicarakan dengan lebih lanjut lagi asas sistem ini dibawah.
Sistem penghawa dingin yang berfungsi dengan baik akan memberikan persekitaran yang selesa semasa perjalanan dan boleh menyumbang kepada pengurangan kemalangan dijalanraya.
Sistem penghawa dingin adalah terdiri daripada 7 komponen utama: -
* Pemampat (compressor)
* Pemeluwap (condenser)
* Kipas Pemeluwap (condenser fan)
* Penapis/penumpuk kering (filter/accumulator drier)
* Injap pengembangan (expansion valve)
* Penyejat (evaporator)
* Kipas Blower (blower fan)
Sistem penghawa dingin adalah himpunan komponen-komponen individu seperti diatas yang disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk litar tertutup. Dalam litar tertutup ini, penyejuk diedarkan oleh tekanan gas yang dimampatkan oleh kompresor.
Bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dipanggil sektor tekanan tinggi dan bahagian antara injap pengembangan dan pemampat adalah sektor tekanan rendah. Gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan melampau.
Gas tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang tinggi. Gas penyejuk yang dalam tekanan tinggi dan panas ini kemudiannya mengeluarkan haba yang menyebabkan pemeluwapan terhasil, dan gas penyejuk tersebut berubah daripada bentuk gas kepada cecair. Penapis/penumpuk kering kemudiannya akan membersihkan dan mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.
Dari penapis/penumpuk kering, cecair tersebut bergerak ke injap pengembangan dan akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah yang kemudiannya disalurkan ke penyejat.
Selepas melepasi penyejat, penyejuk akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Penyejat yang sangat sejuk itu akan ditolak oleh motor blower ke kawasan dalaman penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta.
Akhir sekali bahan pendingin yang kini dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk kini kembali ke pemampat untuk memulakan kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang ini memastikan suhu sejuk dan nyaman mengiringi perjalanan anda. Kerosakan kepada mana-mana komponen yang disebutkan diatas akibat kehausan, tidak diselenggara dengan baik ataupun kekurangan gas bahan penyejuk adalah punca aircon kereta anda tidak berfungsi ataupun tidak sejuk.
Pemandu pintar memastikan aircon kereta mereka senantiasa dalam keadaan sempurna pada setiap masa dengan melakukan servis berkala keatas sistem aircon kereta mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pakar Sutera aircon di 018 379 3479.